Popular Posts

Sunday, October 25, 2009

Teman Tersayang

Teman,
aku tahu
kita banyak perbezaan

aku kasar,kau lemah lembut,
aku comot,kau cantik,
aku kalut,kau relaks
aku bising,kau diam
aku kolot, kau moden

Tapi teman,
kita telah ditemukan
kita telah ditentukan untuk menjadi kawan
kita telah ditentukan untuk selalu disisi
kita telah ditentukan suka duka bersama
kita telah ditentukan untuk bersama harungi ujianNya

Tapi teman,
riak wajahmu membisikkan sesuatu padaku
riak wajahmu mempamerkan isi hatimu
riak wajahmu menampakkan kekuranganku
riak wajahmu,ku tau isi tersirat yg kau simpan
riak wajakmu memancarkan ketidakselesaan
riak wajahmu buat ku terasa bahang kepedihan
apakah salahku????

Dan teman,
haruskah kau tunjukkan semua itu?
haruskah kau terus membisu?
haruskah kau biarkan aku hilang hala tuju?
haruskah kau biarkan aku dihanyut arus?
haruskah kau biarkan aku alpa dan leka?
haruskah kau tinggalkan aku kerana aku tidak sepertimu?
inikah teman???

Bila kau sedih, aku turut bersedih
Bila kau gembira aku lagi gembira
Bila kau murung,aku tak tahu nak tolong
sebab kau seolah tidak memerlukan aku

perlukah aku takut untuk bergurau dengan mu?
perlukah aku rasa takut untuk menyapamu?
perlukah aku berselindung denganmu?
padahal,kau adalah rakan karibku

Teman,
seandainya aku tiada makna sebagai temanmu
seandainya kehadiranku mengganggu hidupmu
seandainya aku tidak pernah menggembirakanmu
seandainya aku hanya menambah bebanmu
seandainya aku menghalang kebahagiaanmu
MAAFKANLAH AKU

Teman,
Bukan emas permata yang aku harapkan
Bukan intan berlian yang aku idamkan
Cuma seukir senyuman ikhlas yang aku perlukan
Cuma kebahagiaanmu yang aku nantikan
Cuma semangat dan doronganmu yang aku inginkan
Cuma keakraban sebuah persahabatan ini yang aku rindu dan mimipkan....










Friday, October 23, 2009

Aku Tersenyum~

Assalamualaikum...........
Dah lama tak rase semangat macam ni nak tulis blog
Dulu main2 je wat blog ni.....
tapi hari ni nak luah something kat sini la...

hehe
aku rase seronok.....................sangat hari ni
ENTAH!(biarlah rahsia)
Seronok la....................
Rase seperti dah agak lama tak senyum ngan ikhlas
Tapi hari ni,sewenang-wenangnya boleh senyum sorang2...
kuakuakua

Mungkin,dah penat menangis kot semalam....
mengenang dosa2....maklumlah,banyak dosa kan....hehe
semalam adalah hari yang aku paling sangat marah,terasa hati,tension,bengang,tak puas hati...pendek kata,campur aduk la semua benda tu...maklumlah,nak exam..terlalu banyak tak cover lg.Kan dah padan ngan muka tu....
cam biasa,kemuncak segala kekusutan=solat,nangis n tido...
bangun tido, aku dah lupa semua tu dan mulakan semangat baru....
cam tu lah aku.

Tapi,mungkin hari ni Allah nak gantikan kesedihan aku semalam kot.....
pagi2 dah dapat something yg menggembirakan aku sangat2....
rasenya, kalo aku ckp kat orang pon,aku tak rase org akan kater bende tu adalah something yg menggembirakan...aku tahu tu
urmmm
Tak pe lah,aku bersyukur dengan aper yg aku rase sekarang...
walau aku tahu perasaan ini hanyalah sementara
Besarkan kuasa Allah!
Semalam DIA buat kita sedih,hari ni dah bg kita gembira balik...
Ni la yang dinamakan lumrah kehidupan...
Apa yang berlaku tu,mesti ada hikmahnya..
So,sabar je lah......Allah mengerti hati kita..
tak nak cerita panjang la..yang lain, I will keep it save.
Aku teramat bersyukur kerana Allah beri aku peluang tuk rase kegembiraan ini..
Alhamdulillah....


Wednesday, October 21, 2009

tensen!!!!

salam
sebenarnya sangat malas dah nak ber blog ni
tapi,sebab ari ni terasa sangat tension,sangat banyak nak kena cover
nak buat cam mana ni!!!!!!!!!!
aish,akhirnya ader guna juga blog aku ni sebagai mangsa melepaskan tension.haha
sudah sudah!
sambung bace
esok kan ader quiz
quiz!quiz!quiz!
baiklah,hu...............ikhlaskan diri,
Rashidah..niatlah belajar kerana Allah..
semua ini kan dugaan duniawi semata,
bersabarla sayang.....
Belajar untuk hidup,demi agama dan bukan untuk exam semata
jadikan exam itu hanya sebagai pengukur tahap ilmu kita ya?
ingat matlamat dan cita2 dan ingatlah,
HANYA DENGAN MENGINGATI ALLAH,HATI AKAN TENANG
Baiklah Rashidah.wakarimashta.