Popular Posts

Saturday, January 1, 2011

Tahun Baru,Azam baru,Semangat baru!!!!

Salam

1111.cantik no ni kan???tup tap tup tap,semakin hari semakin cepat masa berlalu.sedar cam tak sedar je ye???Muharram dah berlalu...banyak lagi tentang diri ini yang perlu diperbaiki. Bila terkenangkan ape yang dah dilakukan taun2 lepas,banyak yang tak memuaskan. namun banyak juga yang menggembirakan. Apa2 pon,yang pertama kali syukur Alhamdulillah kita masih berkesempatan melihat dunia sehingga saat ini. semoga kita dapat dipanjangkan umur agar kita sama2 dapat mengumpul pahala dan mendekatkan diri kita kepadaNya. Semoga peluang2 yang Allah berikan pada kita dapat kita manfaatkannya sebaik mungkin. Sesungguhnya setiap nafas itu amat berharga dan kita harus ingat,mati ini tidak mengira saat dan waktu. Takdir Allah itu hanya DIA yang MAha Mengetahui.

YA Allah,jika kau matikan hati2 kami,matikanlah kami sebagai para syuhada' dalam memperjuangkan agamamu.Demi agamaku,keluargaku,bangsaku dan negaraku,KAu limpahkan kepadaku ilmu yang bermakna supaya ia dapat menjadi senjata hidupku untuk mempertahankan segala-galanya.. hamba berharap tahun baru ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Lindungilah kami,perbaikilah akhlak kami,rahmatikanlah kami,berikanlah kami hidayahMu,dan redhailah kehidupan kami. Seseungguhnya hanya Engkau yang mampu memakbulkan doa kami,Ameen~

6 Persoalan Hidup

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghozali bertanya,

1 - Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Surah Ali Imran, 185)

2 - Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu

Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

3 - Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu"

Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Surah Al A'araaf, 179)

Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .

4 - Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?"

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah"

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. (Surah Al-Ahzaab, 72)

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.

5 - Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?"

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

6 - Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?"

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


Saturday, June 26, 2010

malas

Saya ada banyak sangat citer.bnyk yg sedih.so,saya sangat malas nak citer lam blog ni.semuanya biarlah rahsia.ahaks~

Saturday, March 6, 2010

Loves Make Me Strong~

Minggu ni, aku sempat tengok cite jepun, Buzzer Beat. Yamapi berlakon...yatta yatta yatta....bes la diorang berlakon....lam kesibukan cam nak rak ni pon,sempat gi aku tengok citer kan????biarlah....aku suka.Cerita pasal basketball n violinist. Riko sangat cantik n baik....memang sesuai ngan Naoki(Yamapi). Tp, cerita dia cam bese je act....banyak lg cite yg lg bes dr cite ni...tp,banyak gak yang aku pelajari dr cerita ni~about love. Aku tak pernah cakap LOVE secara open. Dan tak berani nak mengaku cinta. Lam citer tu, diorang selalu jumpa kat court basketball. yg pelik nyer,Naoki sangat rajin practise basketball mlm2....Riko lak sangat rajin n betul2 nak impian dia as violinist tercapai. Aku tengok tu...rase macam sangat bagusnya diorang....mereka tetap berusaha keras to get what they want. Betul,kita kene berserah, tapi tu setelah usaha mati-matian dilakukan, then baru berserah.redha. Jarang aku tengok orang melayu,diorang mati-matian work hard to achieve their dreams. And LOVES MAKE ME STRONG kat board besar yang tergantung kat court basket tu makes me think deeply. urm..'Loves make me strong'. Yup,aku akui,cinta itu menjadikan kita makin kuat. Love Allah,parents,family,teachers ,friends and all the people around us. Tanpa cita itu,hidup kita seperti tak de makna. Kosong. Hampa. mane kita nak dapatkan kekuatan hidup kalau kita tak dapat cinta dr orang sekelililng kita kan?

Kalau kita cinta someone, pasti kita nak dia dapat yg terbaik. Kan? kalau dia tersesat, kita mesti tak nak dia makin jauh dr jalanNYa kan? And actually, if someone just let the people he/she loves do whatever they like,although he/she know it is wrong, thats mean, it is not LOVE. Kalau dia betul2 sayang, cinta kat orang tu.....dia takkan biarkan orang tu wat mende salah....sebab tu,kalau kita buat salah,mak n ayah selalu marah kat kita. Sebab dia sayang la,dia marah.....Kalau tak sayang.dia biar je kita hanyut.So,kalau mak marah aper yg kita buat,jgn ingat mak tu benci kat kita. Hargailah nasihat dia. So,fikir-fikirkanlah~

How about someone special in our heart? urm.....yang ni susah kan?betul betul betul ! ok,just nak kongsi my opinion la...bleh kan?Sebenarnya, ada hadis yang menyatakan, 'kalau kita simpan je perasaan cinta kat seseorang, itu adalah satu jihad'. InsyaAllah, kalau ada jodoh,akan ditemukan.Kalau tak de jodoh, redhalah...mungkin akan jumpa di akhirat. urm....saya akui. Tapi, orang kata,ajal n jodoh di tangan tuhan. Semuanya dah ditentukan di Lut Mahfuz. Walau bagaimanapun,jodoh tu tak datang bergolek,kita kene usaha jugak. So,cammane.....salah ke,kalau kita cari dan dapatkan cinta yg kita inginkan. Kita berusaha untuk itu, dan tak tunggu je sume tu datang bergolek.salah ke????kita cuma nak ape yg kita nak,bukannya melawan takdir.atau.......kita betul2 patut serahkan mende ni bulat2 kat Allah?. kalau Doa je tiap2 hari,cukup ke? Dan saya rasalah...kalau kita suka kat 'someone', then, kita senyap je.Pas tu, ader org yg lebih baik dr 'someone' tu dtg kat kita. Saya yakin, fikiran kita tetap kat 'someone' tu. Sebenarnya, selagi kita tak dapat jawapan yg kita cr,lg tu persoalan tu bermain di fikiran. Jika hal sebegini terjadi, adilkah kita pada orang yg datang kat kita? Kesian dia,kita tak adil.....

Baru2 ni,sorang kawan saya kat mesir ader bg tau,der minat someone. Saya ni,yg tak tau sangat bab2 ni,just komen aper yg patut. Yang selalu bermain di minda saya ni, der ada kata,"Kesian kat laki kita nanti kan?Kita pernah minat orang lain."Time tu,zuppppppp!rase cam nak menangis je...wah,baik nye dia ni.....nape aku tak pernah fikir pun...betullah ape yg dia cakap..pas tu, der cakap,"tapi,kalo kita couple,n dia tak jadi suami kita, saya tak sanggup buat suami saya cam tu....saya pernah cinta org lain terlebih dahulu sebelum suami saya.saya nak suami saya adalah orang pertama yang saya cinta."fulamak...ayat dia,bikin hati gue benar2 tersentuh sih! Dah tu, nak wat cam mane????kalo senyap,nanti hati kat org lain gak kalo dah berumahtangga. kalau couple kang...kesian lak kat laki kita nanti. So,nak wat cam mane? Nak biar je diri sendiri yg sakit?? Lepas tu, tetibe terfikir.ape kater kita try jugak wat org yg kita sayang tu jadi milik kita. Kalau ader halangan sket2,jgn cepat putus asa.teruskan berusaha cam citer buzzer beat tu.hehe. so,tak de la hati ni kat orang lain...kita pon akan bahagia dapat orang yg kita nak....Then,baru lah bahagia, all out n setia kat sorang je. urm......ni cume aper yg terlintas di fikiran je. aku sendiri pon tak pernah alami mende2 ni sume...........kalau kene kat batang hidung sendiri,tak tau gi nak wat cammmane.masing2 punyer pendapat sendiri kan. Orang yg berpengalaman tu,lebih tau drpd org yg cakap ni...hoho. cume nak bgtau,citer Buzzer Beat ni buat saya terfikir pasal ni.Itu sahaja.Sekian.~

Sunday, February 28, 2010

Diary February 2010~

sekarang ni...aku penat sangat buat assignment segala macam.tambah lak penat fikir banyak lg tak study.....tetibe je ari ni aku rase fedup jap.aku berhenti menaip pharmacognosy n berhenti berfikir. pas tu teringat ayah n family kat umah...hati aku tetibe hiba...aku menangis.arghhhh...tensen nyer keje banyak....belajar pon,asyik tak paham je.....tetibe lak teringat,ari ni dah 27 february 2010.oh tidak!!!cepatnyer masa berlalu.sepantas kilat..tup tup dah akhir bulan...aper yg berlaku bulan ni????meh ikuti cerita bes ni....bermula la sebuah lagenda:-

Bismillahirrahmanirrahim...

1/2=Monday
Minggu lepasnye,aku lost.tak leh nak study dah..hati aku bercelaru sangat2.....adelah something yg buat aku sangat serabut. aku tak nak fikir pasal sume tu...tp,makin aku lari,makin aku rase dekat n sakit. pastu lak,ader la beberapa org yg aku agak terasa hati ngan der..aku ni nak kata sensitif tu...tak lah.tp,kalo dah start terasa,ni yg susah ni....fikiran aku jd terbeban lak.bila sumenyer bercelaru...maka aku start rindu yg teramat kat family.teringat saat kami gelak ketawa...anak2 sedara yg cute n selalu wat aku rase bahagia..sebabkan emosi yg tak menentu,aku bingung.buat bodoh sudah...esok2nya,hari2 aku kosong.aku rase tak leh biarkan nih..rabu tu,aku decide nak gi umah akak kat Guar Cempedak,Kedah.

4/2=Thursday
Ari ni,aku nekad nak balik umah akak.wah....tetibe aku sangat excited n bahagia ari ni..ingt tak nak bgtau org aku nak balik...tp,aku bgtau gak la sume org...kalo ader something happen,nanti aku lak susah kan....n aku tak nak org fikir aku merajuk..Gi kelas pg tu,lam beg aku sume dah siap brg2 nak wat balik...hehe.aku wat balik sepasang baju je...yg lain,kebas akak punyer la..abis je lab organic chem petang tu,aku terus cau..tumpang jane sampai Usm.tunggu jap,kol 5 ade bas.aku gi jeti dulu...tak bes gak jalan sorang2...rase cam ape je..tp,argh!lantak la..sampai jeti kat kol 6.sume org berlari.aku pon berlari walau tak tau aper yg berlaku...sampai kat atas je,masuk feri.aku duduk je...pintu feri tu dah tutup...owh...baru aku tau...takut terlepas feri...wakatta....bes r nek feri sorang2.suka.suka.
Sampai Butterworth,aku nak bl tiket ke Gurun...ingtkan ader ke bas Alor Setar.kalo tak,senang..aku turun je kat RnR Gurun tu..tanya kaunter tiket..der kater kene turun SP dulu.wakarimashta......aku baru je nak pikiq dulu..tetibe suare lelaki kat belakang aku kata,'sampai SP nek bas no 2 dik.saya nak gi Gurun gak ni.'haha..aku wat bodoh,tak layan pon laki tu....aku beli tiket,terus cr bas...Rupe2nye,sume org tengah berebut nak masuk lam bas tu.la...bas dah nak gerak ke??naseb..naseb.aku wat muka seposen je la...tunggu sume org masuk dulu.malas ah aku nak join part rebut2 ni...tup tup??lelaki tadi tu....der bg ruang kat aku,suh aku masuk dulu....wa...sangat terharu.hahahaha.cam bes r...biar betul?
Dalam bas ke SP-duk sebelah mak cik Indon n anak der yg comel...nak tido,tapi tak jd tido...borak sket2 ngan mak cik tu,pas tu,aku malas,senyap.
Tiba di SP(Sungai Petani)-aku biasa dah kat sini...so,cool je la.time turun tu,mamat td tunggu aku kat bawah.huh???asal mamat ni?ish,takut aku....kalo korang,sure takut gak sebab.....mamat ni India,tinggi,besar,tough,sempoi,pegang sweater kat tangan.der pakai kasut,jeans n t-shirt berkolar belang2.Tuck in lagi...macam smart....boleh la tahan, ensem gak seposen.....tp,aku still cuak.time tu pulak ujan...aish!takut giler....aku sengih je time turun tu...n cakap thanks.ingat,dah tak jumpa der pas ni....der pon bgtau la kat aku kene tunggu bas kat mane n nek bas ape...walaupon aku dah tau,aku buat la cam org bodoh tak pernah nek bas kt situ...time tu,kepala aku dah sakit giler dah...denyut2!(2 minggu lepas tu lg kepala start sakit..)time tunggu bas tu..der ajak borak,aku borak acuh tak acuh je..but,something wonder me.aku ngan selambenye,gi tanya der.'Awak ni Islam ke??'.haha.wat muka tak bersalah lak tu..musykil aku bila sweater yg der pegang tu,ader logo PAS.der ckp yes,n der org kuat parti tu.ok...pas tu,aku sedikit lega,n kami borak,bla bla bla......tunggu bas kat 20 minit.
Bas ke Gurun-Time nak nek bas lam keadaan hujan tu....der sempat lg bg laluan kat aku...huhu..lg sekali rase cam princess..ceh!!aku duduk dulu,ala............der duk sebelah aku plak.cam mane ni????aku cam nak berdalih,tp,der cam......ok lah.aku duduk je la citu.....
Time ni la der nak tanya nama aku,nak tau itu ini,bgtau itu ini pasal der...der citer la yg der tu sebenarnya dr kol 5 setengah pg nek bas dr singapore,jalan2....pas tu sampai KL,gi pineng jumpa kawan,beli enset.cash!sebab enset der kene curi lam bas ke KL..cantik gak la enset der tu...der cerita mcm der kaya.tp,malas la aku nak tau sume tu.tak berminat.aku ingtkan um0 lebih kuang 24/25,sekali dah 30.....la,aku ckp la kat der,asal tak kahwin lagi???ngok sekali jawapan der bg kat aku.haha.statement tak leh tahan..."first time saya nampak awak,saya nak cr org mcm awak.pompuan sekarang ni...susah nak cri.kalau saya tunggu org sebelah saya ni,boleh??"zupppp!berderau darah aku.makin berdentum2 kepala aku time tu....bengom mamat ni!aku wat muka selamba.aku jawab,"lelaki sekarang ni,tak leh percaya....lelaki la wat kepala saya sakit.lgpon,tak kuasa la saya nak tunggu org yg saya tak kenal walau baik sekalipon.org sebelah awak ni....study pon tak abis lg."errrr.ok...der terima ngan cool je.aku dah start malas dah nak layan.pas tu,der ngaku yg der ni boleh bace orang.ok...aku pon ape gi.....test r der.der pon bgtau la yg aku ni gini2....n bla bla...sebab tu der nak tunggu aku kalo aku sudi.huh??what the hellllll?(terkejut aku bila aper yg de ckp tu cam dah bertaun taun kenal aku.misteri nyer....).Dia mengeluh,"nak wat cam ne...dah jumpa kan,org tu plak tak sudi..."Hello bro!!!lam bas pon nak propose orgkah?sakit perut aku gelak lam hati.ai............cam ni ke ragam orang...tp,bagus r lelaki tu sebenarnya.aku akui la...der sangat baik,gentleman,matang,beragama,profesianal n hormat pompuan...der tak ckp mengarut,tak de la miang...senang cakap,cukup la aku kata der profesional.Ok...der turun dulu dr aku.pas 5 minit tu,aku lak turun.sampai jua aku di Guar Cempedak.Alhamdulillah...Kitorang gi makn kat restoran.....bes!!!!!!!!!suka.suka.hilang jap sakit kepala.

5/2=Friday
Duk umah.besnyer!!!!!!!!!!Akak aku ckp,aku ni mcm tau2 je yg der tengah sakit...inilah aura seorang adik...aku pon tak tau nape tetiba je nak gi umah akak,tup tup sampai umah der..haha.akak aku urut org minggu lepasnyer...pastu berjangkit kat der...sakit lutut teramat sangat n seluruh badan der sakit sengal2....sejam lebih gak aku urut badan der...adui...penat.aku lak yang lembik...petang tu,kitorang gi shopping,tetiba aku merayau sorang2 tanpa bgtau akak aku pon aku gi mana.aku pon tak sedar....tak tau nape aku jd blur.....ikut kaki je jalan.mcm kene pukau...serious.pas tu,akak aku kol.aku wat muka tak bersalah lagi.dah jumpa dorang,akak wat muka pelik.aku?do no je.....pas tu dahaga tahap ape entah.aku gi beli air,terus bukak depan kaunter.tak pernah hayat dibuat org,aku gi buat!shidah...shidah.tu pon, first time aku wat cam tu..Aish!balik umah,aku tertidor time maghrib.tak pernah2 aku tido time macam tu.pas bangun,aku mandi.bl air kene je kat kat kepala aku,tetibe je otak ni terrefresh..semua yg berlaku dr pg sampai petang menjadi persoalan lam kepala aku.kenapakah?????aku still tak jumpa jawapannya~pas tu,aku crita kat akak aku.hehe,cerita yg tak leh aku ceritakan disini.yg pastinyer,sakit badan akak aku dah hilang 100 % katanya,cuma lutut je still sengal. sket-sket.aik?kami sume pelik.Biarlah rahsia~

6/2=Saturday
Aku bgun kol 6.pas tu study kat ruang tamu.kol 7 setengah,anak sedara aku anta enset.huh?15 miskol????no sapa ni??aku kol balik,oh...pai..........(housemate aku).berita menyedihkan,dikala aku tak de di tempat kejadian,pencuri masuk umah kami.lap top na kene curi.4 purse yg ader segala macam lam tu dikebas.naseb der tak masuk bilik...sabar je la....nak wat cam ne.berita makin menyedihkan bila kol 10 am,aku dapat tau yg digi cam aku juga dikebas!Aku kelu.pas tu....kitorang buat pizza.....syok giler....klakar la wei....bes..petang tu,mereka anta aku balik semula ke Balik Pulau...aku kembali sedih.sampai2 je,aper gi!!!!kecoh r!!!kol 7 pm,kak na(guard) ajak kitorang gi Batu Feringgi nak jumpa bomoh.Sebagai ketua umah,aku ikut la sekali....gi Batu feringgi yg bukan main jauh tu,tp,bomohnya kat lain.arah bertentangan..kat kol 10 mlm,br kitorang balik....malam tu,aper lg,risau la....susah nak tido.Aku lena je.........esoknya,biasa je....baru la aku nak study ngan semangat baru~

8/2= Monday
Mlm tu,aku tido kol 11.nak bangun kol 3 pg,nak siapkan assignment. kol 12 setengah kot...akak aku kol bgtau ayah masuk ICU.terkejut la aku!!!!kaget jap!aku decide nak balik ganu pg tu jugak.kalo tak de tiket bas,nak balik nek flight walau duit seciput.memang tak leh tido la aku ml m tu...mata pon dah bengkak.assignment tak siap...kalut..kalut....air pulak tak de tuk mandi.kol 5 kol Pak Syed,ktorang mandi kat asrama dalam pg tu.tak pe la...at lis,mandi.kalut2,kol 7 setengah gi sg Nibong.jalan jem!naseb sempat,ader tiket...Mekasih kepada Adam,Riduan Hafiz,Fairus n along kerana sudi anta saya ke Sg Nibong.heh.First time balik sorang2 di pg hari,bas 2 tingkat lak tu,dan penumpangnya adalah aku seorang.hahahahaha.klakar la....sampai kat Kulim,baru ader sorang pak cik tua tu yg naik....der anta anak der ke UNIKL kulim..wah,bukan calang2 org pak cik ni.lecturer 'Minded Thinker' kat UMT rupanya.tp,dah bersara la.penat katanya.bes,borak2 ngan pak cik ni.Ingat ayah~
Sampai kol 4 setengah petang,pas solat,aku terus gi ospital...jumpa family disana.Menangis tengok ayah!wayar segala macam di badan.sedih..........................-tetiba ayah kene strok-
Macam mimpi je kami 10 beradik,dalam sekelip mata dapat berkumpul kesemuanya.Time raya pon tak penuh....Dah bertaun taun tak berkumpul selengkapnya.Alhamdulillah..Oleh kerana tiket aku balik Ganu ari sabtu masih ader n ayah pon boleh dilawat kejap2 je,mak suruh aku balik kolj dulu,n balik pulak sabtu tu...petang selasa tu jugak beli tiket,mlamnya aku nek bas gi balik Pineng.Surprise to my friends!!!!!!!!!!hehe
Sesampai di umah Balik Pulau,aik?mereka tak gi klas lg ke?o,kelas start kol 10....masuk umah,aik?apesal sume iron lab coat???itu ari rabu,mane ader experiment....loh!aku luper ader majlis ikrar Farmasi....ok...ngan blur + bingung,aku join la majlis tu.aper gi...time org bg ucapan,siap bermimpi gi aku tido.dah la duk depan.hampeh punyer pharmcy's student!jeng jeng jeng..............tengahari tu,I dapat dedication U know......tp,its nothig la......saje2 je der nak bg...anyway,I appreciate it.Thanks a lot.

13/2=saturday
Malam tu aku naik bas balik Terengganu

14-20/2=Monday to friday
Saat yg sangat pilu,sedih,linangan air mata,bacaan Yasin berkumandang setiap masa....alunan Al-Quran di telinga,zikir di bibir...sukar sekali untuk diceritakan.keadaan ayah sangat memilukan.kenangan bersamanya selalu difikiran.lepas ayah masuk ke ward biasa rabu lepas,mak sekali pon tak balik umah...kami adik beradik tukar shift teman mak jg ayah.ayah,bila sedar je....mata der mesti tercari-cari di mana mak.....ye la.42 tahun bersama....bila mak pegang tangan der je,tutup mata sambung tidur balik...(kalau dapat yang macam ayah,bes r...hehe).sempat jugak aku jg ayah sehari semalam.ya,aku berpuas hati sebab dapat juga peluang jaga ayah walau pon hanya sehari semalam.sedangkan,ayah jg aku selama 21 tahun tanpa penat jemu.....Terima kasih ayah...aku tak nak cerita la aper berlaku time aku kat spital...1000 pengajaran buat diri ini~Hari selasa,ayah dibenarkan keluar spital walau dia masih terlalu lemah.Kata doktor,glucose n blood pressure der dah ok...so,ayah boleh balik la...time nak bawak der balik n dah sampai umah,aku pon tak nak cerita,teramat sedih~sampai umah,ramai orang kampung datang melawat.Lepas Isyak,sume orang masjid datang...bacakan Yasin.Kurang 2 orang Imam di masjid kampung aku sebab,ayah aku dah sakit macam tu...yang sorang lagi.....dier kene serangan jantung lalu pengsan bila tengok ayah.tup2,der masuk ward selang 2 katil dr katil ayah aku.n.....ayah balik terlebih dahulu dr pak imam tu....kesian sangat kat dia.Tinggal la Ustaz Aziz je imam di masjid tu....
Start dari ayah balik umah,seawal 7 pg dah ader sanak sedara datang......sampai la kol 11 malam.Rabu,Khamis,Jumaat n Sabtu.Jumaat, umah aku. sangat meriah..rase cam wat kenduri kahwin....cuma tak de makanan bes la...hehe.Kesian mak...penat layan tetamu2...aku n adik kakak,keluar bilik bila perlu.kuakuakua.....begitula hari2 yg aku sempat bersama dorang...

20/2=Saturday
Argh!!!!!!!tak nak balik Pineng...nak jaga ayah...ari tu,air mata aku tak tertahan lg.aku asyik nangis ...je walau aku tak nak nangis..tak nak balik Pineng........nak duk dekat ngan ayah!!!aku tak puas lg jaga ayah....dulu,secomel 13 taun dah tinggal family,sekolah kat negeri 9,5 taun,balik kejap2 je....pas tu duk Kulim lak.balik kejap2 gak...pas tu,gi Pineng lak...tak sempat pon nak sumbang aper2 kat mak,ayah,family.....tp,mak kata,x pe la....pergi belajar ye.....belajar sungguh-sungguh...baiklah mak.....demi keluarga,aku akan belajar sungguh2....sebelum aku berangkat nak tinggalkan umah,aku cakap ngan ayah,"Ayah,Ra balik Pineng dulu ye....nak belajar sungguh2...nak buat ubat tuk ayah,mak n family..nak anta mak n ayah pergi Haji...Ayah kan nak gi Mekah sangat2.....ayah kan kuat semangat...ayah cepat sembuh tau....."pas tu,aku dah tak leh cakap dah..aku peluk mak.Mak kuat......aku akan jd kuat jugak lah!macam mak...ayah aku menangis sangat2....dia meraung,tapi suara tak keluar sangat......adik beradik aku sume dah nangis2....aku terpaksa pergi jugak la.Bulan 5 pulak Ra balik ye.......

21-27=
kehidupan aku berjalan seperti biasa.aku 'bahagia'.Cuma di dalam ni.....aku dan DIA sahaja yg tau...aku tak leh lemah.ya,aku kene kuat!sejak dr bulan lepas sehingga ke hari ni,kepala aku selalu berdenyut2 walau selalu dah makan panadol....esok2 baik la ni...tp,ari ni aku benar2 tensen ngan Endocrine yg terlalu banyak n tak paham lak tu....essaignment pharmacognosy yg memeningkan kepala ni....ngan banyak bende yg perlu aku catch up balik...semalam,akak bgtau yg abang ipar lak masuk ICU sebab muntah2 n tak leh makan.Gastrik.Aku redha..semoga aku bertahan.Ameen......Aku nekad.Rashidah....belajar la kerana ilmu...Hanya 3 perkara yg boleh dibawa mati.1)=Ilmu yg berguna,2)sedekah amal jariah,3)Doa anak yg soleh.Dan semoga aku dapat jodoh yg boleh membimbing aku ke jalanNYa agar aku peroleh anak yang soleh dan solehah.hihi.....

Sekarang, semangat saya berkobar-kobar nak study.....Ya Ra_Shidah!Kamu boleh bertahan!!!!!!

Tuesday, January 26, 2010

BIla Ku Jatuh Cinta

Bila Ku Jatuh Cinta


Bila suatu saat ku jatuh cinta
Satukanlah hati kami dalam keridhaanMu
Satukanlah jiwa kami dalam ketaatan kepadaMu
Berikanlah keikhlasan di hati kami
Berikanlah kesabaran di hati kami

Ajarkanlah kami untuk saling menghormati
Ajarkanlah kami untuk saling mengerti
Ajarkanlah kami untuk saling menyayangi
Ajarkanlah kami untuk saling memahami
Ajarkanlah kami untuk saling mengingatkan dalam kebaikan

Bimbinglah kami untuk selalu berada di jalanMu
Bimbinglah kami untuk senantiasa mengingatMu
Bimbinglah kami untuk selalu bersyukur kepadaMu
Bimbinglah kami untuk senantiasa mengejar hidayahMu

Jadikanlah cinta ini selalu dalam naungan cintaMu
Bawalah cinta ini dalam indahnya KeagunganMu
Karuniakanlah kami Surga CintaMu
Dalam ikatan suci keluarga sakinah

Bila Saat Aku Jatuh Cinta

Allahu Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya Engkau

Allahu Rabbi
Aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Allahu Rabbi
Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan
kasih-Mu
dan membuatku semakin mengagumi-Mu

Allahu Rabbi
Bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu

Allahu Rabbi
Pintaku terakhir adalah seandainya kujatuh hati
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu...
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu

Amin !