Saturday, January 1, 2011
Tahun Baru,Azam baru,Semangat baru!!!!
1111.cantik no ni kan???tup tap tup tap,semakin hari semakin cepat masa berlalu.sedar cam tak sedar je ye???Muharram dah berlalu...banyak lagi tentang diri ini yang perlu diperbaiki. Bila terkenangkan ape yang dah dilakukan taun2 lepas,banyak yang tak memuaskan. namun banyak juga yang menggembirakan. Apa2 pon,yang pertama kali syukur Alhamdulillah kita masih berkesempatan melihat dunia sehingga saat ini. semoga kita dapat dipanjangkan umur agar kita sama2 dapat mengumpul pahala dan mendekatkan diri kita kepadaNya. Semoga peluang2 yang Allah berikan pada kita dapat kita manfaatkannya sebaik mungkin. Sesungguhnya setiap nafas itu amat berharga dan kita harus ingat,mati ini tidak mengira saat dan waktu. Takdir Allah itu hanya DIA yang MAha Mengetahui.
YA Allah,jika kau matikan hati2 kami,matikanlah kami sebagai para syuhada' dalam memperjuangkan agamamu.Demi agamaku,keluargaku,bangsaku dan negaraku,KAu limpahkan kepadaku ilmu yang bermakna supaya ia dapat menjadi senjata hidupku untuk mempertahankan segala-galanya.. hamba berharap tahun baru ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Lindungilah kami,perbaikilah akhlak kami,rahmatikanlah kami,berikanlah kami hidayahMu,dan redhailah kehidupan kami. Seseungguhnya hanya Engkau yang mampu memakbulkan doa kami,Ameen~
6 Persoalan Hidup
Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghozali bertanya,
1 - Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.
Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Surah Ali Imran, 185)
2 - Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"
Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu
Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
3 - Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?"
Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu"
Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Surah Al A'araaf, 179)
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .
4 - Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?"
Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah"
Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. (Surah Al-Ahzaab, 72)
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.
5 - Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.
6 - Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?"
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
Saturday, June 26, 2010
malas
Saturday, March 6, 2010
Loves Make Me Strong~
Kalau kita cinta someone, pasti kita nak dia dapat yg terbaik. Kan? kalau dia tersesat, kita mesti tak nak dia makin jauh dr jalanNYa kan? And actually, if someone just let the people he/she loves do whatever they like,although he/she know it is wrong, thats mean, it is not LOVE. Kalau dia betul2 sayang, cinta kat orang tu.....dia takkan biarkan orang tu wat mende salah....sebab tu,kalau kita buat salah,mak n ayah selalu marah kat kita. Sebab dia sayang la,dia marah.....Kalau tak sayang.dia biar je kita hanyut.So,kalau mak marah aper yg kita buat,jgn ingat mak tu benci kat kita. Hargailah nasihat dia. So,fikir-fikirkanlah~
How about someone special in our heart? urm.....yang ni susah kan?betul betul betul ! ok,just nak kongsi my opinion la...bleh kan?Sebenarnya, ada hadis yang menyatakan, 'kalau kita simpan je perasaan cinta kat seseorang, itu adalah satu jihad'. InsyaAllah, kalau ada jodoh,akan ditemukan.Kalau tak de jodoh, redhalah...mungkin akan jumpa di akhirat. urm....saya akui. Tapi, orang kata,ajal n jodoh di tangan tuhan. Semuanya dah ditentukan di Lut Mahfuz. Walau bagaimanapun,jodoh tu tak datang bergolek,kita kene usaha jugak. So,cammane.....salah ke,kalau kita cari dan dapatkan cinta yg kita inginkan. Kita berusaha untuk itu, dan tak tunggu je sume tu datang bergolek.salah ke????kita cuma nak ape yg kita nak,bukannya melawan takdir.atau.......kita betul2 patut serahkan mende ni bulat2 kat Allah?. kalau Doa je tiap2 hari,cukup ke? Dan saya rasalah...kalau kita suka kat 'someone', then, kita senyap je.Pas tu, ader org yg lebih baik dr 'someone' tu dtg kat kita. Saya yakin, fikiran kita tetap kat 'someone' tu. Sebenarnya, selagi kita tak dapat jawapan yg kita cr,lg tu persoalan tu bermain di fikiran. Jika hal sebegini terjadi, adilkah kita pada orang yg datang kat kita? Kesian dia,kita tak adil.....
Baru2 ni,sorang kawan saya kat mesir ader bg tau,der minat someone. Saya ni,yg tak tau sangat bab2 ni,just komen aper yg patut. Yang selalu bermain di minda saya ni, der ada kata,"Kesian kat laki kita nanti kan?Kita pernah minat orang lain."Time tu,zuppppppp!rase cam nak menangis je...wah,baik nye dia ni.....nape aku tak pernah fikir pun...betullah ape yg dia cakap..pas tu, der cakap,"tapi,kalo kita couple,n dia tak jadi suami kita, saya tak sanggup buat suami saya cam tu....saya pernah cinta org lain terlebih dahulu sebelum suami saya.saya nak suami saya adalah orang pertama yang saya cinta."fulamak...ayat dia,bikin hati gue benar2 tersentuh sih! Dah tu, nak wat cam mane????kalo senyap,nanti hati kat org lain gak kalo dah berumahtangga. kalau couple kang...kesian lak kat laki kita nanti. So,nak wat cam mane? Nak biar je diri sendiri yg sakit?? Lepas tu, tetibe terfikir.ape kater kita try jugak wat org yg kita sayang tu jadi milik kita. Kalau ader halangan sket2,jgn cepat putus asa.teruskan berusaha cam citer buzzer beat tu.hehe. so,tak de la hati ni kat orang lain...kita pon akan bahagia dapat orang yg kita nak....Then,baru lah bahagia, all out n setia kat sorang je. urm......ni cume aper yg terlintas di fikiran je. aku sendiri pon tak pernah alami mende2 ni sume...........kalau kene kat batang hidung sendiri,tak tau gi nak wat cammmane.masing2 punyer pendapat sendiri kan. Orang yg berpengalaman tu,lebih tau drpd org yg cakap ni...hoho. cume nak bgtau,citer Buzzer Beat ni buat saya terfikir pasal ni.Itu sahaja.Sekian.~
Sunday, February 28, 2010
Diary February 2010~
1/2=Monday
4/2=Thursday
Sampai Butterworth,aku nak bl tiket ke Gurun...ingtkan ader ke bas Alor Setar.kalo tak,senang..aku turun je kat RnR Gurun tu..tanya kaunter tiket..der kater kene turun SP dulu.wakarimashta......aku baru je nak pikiq dulu..tetibe suare lelaki kat belakang aku kata,'sampai SP nek bas no 2 dik.saya nak gi Gurun gak ni.'haha..aku wat bodoh,tak layan pon laki tu....aku beli tiket,terus cr bas...Rupe2nye,sume org tengah berebut nak masuk lam bas tu.la...bas dah nak gerak ke??naseb..naseb.aku wat muka seposen je la...tunggu sume org masuk dulu.malas ah aku nak join part rebut2 ni...tup tup??lelaki tadi tu....der bg ruang kat aku,suh aku masuk dulu....wa...sangat terharu.hahahaha.cam bes r...biar betul?
Dalam bas ke SP-duk sebelah mak cik Indon n anak der yg comel...nak tido,tapi tak jd tido...borak sket2 ngan mak cik tu,pas tu,aku malas,senyap.
Tiba di SP(Sungai Petani)-aku biasa dah kat sini...so,cool je la.time turun tu,mamat td tunggu aku kat bawah.huh???asal mamat ni?ish,takut aku....kalo korang,sure takut gak sebab.....mamat ni India,tinggi,besar,tough,sempoi,pegang sweater kat tangan.der pakai kasut,jeans n t-shirt berkolar belang2.Tuck in lagi...macam smart....boleh la tahan, ensem gak seposen.....tp,aku still cuak.time tu pulak ujan...aish!takut giler....aku sengih je time turun tu...n cakap thanks.ingat,dah tak jumpa der pas ni....der pon bgtau la kat aku kene tunggu bas kat mane n nek bas ape...walaupon aku dah tau,aku buat la cam org bodoh tak pernah nek bas kt situ...time tu,kepala aku dah sakit giler dah...denyut2!(2 minggu lepas tu lg kepala start sakit..)time tunggu bas tu..der ajak borak,aku borak acuh tak acuh je..but,something wonder me.aku ngan selambenye,gi tanya der.'Awak ni Islam ke??'.haha.wat muka tak bersalah lak tu..musykil aku bila sweater yg der pegang tu,ader logo PAS.der ckp yes,n der org kuat parti tu.ok...pas tu,aku sedikit lega,n kami borak,bla bla bla......tunggu bas kat 20 minit.
Bas ke Gurun-Time nak nek bas lam keadaan hujan tu....der sempat lg bg laluan kat aku...huhu..lg sekali rase cam princess..ceh!!aku duduk dulu,ala............der duk sebelah aku plak.cam mane ni????aku cam nak berdalih,tp,der cam......ok lah.aku duduk je la citu.....
Time ni la der nak tanya nama aku,nak tau itu ini,bgtau itu ini pasal der...der citer la yg der tu sebenarnya dr kol 5 setengah pg nek bas dr singapore,jalan2....pas tu sampai KL,gi pineng jumpa kawan,beli enset.cash!sebab enset der kene curi lam bas ke KL..cantik gak la enset der tu...der cerita mcm der kaya.tp,malas la aku nak tau sume tu.tak berminat.aku ingtkan um0 lebih kuang 24/25,sekali dah 30.....la,aku ckp la kat der,asal tak kahwin lagi???ngok sekali jawapan der bg kat aku.haha.statement tak leh tahan..."first time saya nampak awak,saya nak cr org mcm awak.pompuan sekarang ni...susah nak cri.kalau saya tunggu org sebelah saya ni,boleh??"zupppp!berderau darah aku.makin berdentum2 kepala aku time tu....bengom mamat ni!aku wat muka selamba.aku jawab,"lelaki sekarang ni,tak leh percaya....lelaki la wat kepala saya sakit.lgpon,tak kuasa la saya nak tunggu org yg saya tak kenal walau baik sekalipon.org sebelah awak ni....study pon tak abis lg."errrr.ok...der terima ngan cool je.aku dah start malas dah nak layan.pas tu,der ngaku yg der ni boleh bace orang.ok...aku pon ape gi.....test r der.der pon bgtau la yg aku ni gini2....n bla bla...sebab tu der nak tunggu aku kalo aku sudi.huh??what the hellllll?(terkejut aku bila aper yg de ckp tu cam dah bertaun taun kenal aku.misteri nyer....).Dia mengeluh,"nak wat cam ne...dah jumpa kan,org tu plak tak sudi..."Hello bro!!!lam bas pon nak propose orgkah?sakit perut aku gelak lam hati.ai............cam ni ke ragam orang...tp,bagus r lelaki tu sebenarnya.aku akui la...der sangat baik,gentleman,matang,beragama,profesianal n hormat pompuan...der tak ckp mengarut,tak de la miang...senang cakap,cukup la aku kata der profesional.Ok...der turun dulu dr aku.pas 5 minit tu,aku lak turun.sampai jua aku di Guar Cempedak.Alhamdulillah...Kitorang gi makn kat restoran.....bes!!!!!!!!!suka.suka.hilang jap sakit kepala.
5/2=Friday
6/2=Saturday
8/2= Monday
Sampai kol 4 setengah petang,pas solat,aku terus gi ospital...jumpa family disana.Menangis tengok ayah!wayar segala macam di badan.sedih..........................-tetiba ayah kene strok-
Macam mimpi je kami 10 beradik,dalam sekelip mata dapat berkumpul kesemuanya.Time raya pon tak penuh....Dah bertaun taun tak berkumpul selengkapnya.Alhamdulillah..Oleh kerana tiket aku balik Ganu ari sabtu masih ader n ayah pon boleh dilawat kejap2 je,mak suruh aku balik kolj dulu,n balik pulak sabtu tu...petang selasa tu jugak beli tiket,mlamnya aku nek bas gi balik Pineng.Surprise to my friends!!!!!!!!!!hehe
Sesampai di umah Balik Pulau,aik?mereka tak gi klas lg ke?o,kelas start kol 10....masuk umah,aik?apesal sume iron lab coat???itu ari rabu,mane ader experiment....loh!aku luper ader majlis ikrar Farmasi....ok...ngan blur + bingung,aku join la majlis tu.aper gi...time org bg ucapan,siap bermimpi gi aku tido.dah la duk depan.hampeh punyer pharmcy's student!jeng jeng jeng..............tengahari tu,I dapat dedication U know......tp,its nothig la......saje2 je der nak bg...anyway,I appreciate it.Thanks a lot.
13/2=saturday
Malam tu aku naik bas balik Terengganu
14-20/2=Monday to friday
Start dari ayah balik umah,seawal 7 pg dah ader sanak sedara datang......sampai la kol 11 malam.Rabu,Khamis,Jumaat n Sabtu.Jumaat, umah aku. sangat meriah..rase cam wat kenduri kahwin....cuma tak de makanan bes la...hehe.Kesian mak...penat layan tetamu2...aku n adik kakak,keluar bilik bila perlu.kuakuakua.....begitula hari2 yg aku sempat bersama dorang...
21-27=
kehidupan aku berjalan seperti biasa.aku 'bahagia'.Cuma di dalam ni.....aku dan DIA sahaja yg tau...aku tak leh lemah.ya,aku kene kuat!sejak dr bulan lepas sehingga ke hari ni,kepala aku selalu berdenyut2 walau selalu dah makan panadol....esok2 baik la ni...tp,ari ni aku benar2 tensen ngan Endocrine yg terlalu banyak n tak paham lak tu....essaignment pharmacognosy yg memeningkan kepala ni....ngan banyak bende yg perlu aku catch up balik...semalam,akak bgtau yg abang ipar lak masuk ICU sebab muntah2 n tak leh makan.Gastrik.Aku redha..semoga aku bertahan.Ameen......Aku nekad.Rashidah....belajar la kerana ilmu...Hanya 3 perkara yg boleh dibawa mati.1)=Ilmu yg berguna,2)sedekah amal jariah,3)Doa anak yg soleh.Dan semoga aku dapat jodoh yg boleh membimbing aku ke jalanNYa agar aku peroleh anak yang soleh dan solehah.hihi.....
Sekarang, semangat saya berkobar-kobar nak study.....Ya Ra_Shidah!Kamu boleh bertahan!!!!!!
Tuesday, January 26, 2010
BIla Ku Jatuh Cinta
Bila Ku Jatuh Cinta
Bila suatu saat ku jatuh cinta
Satukanlah hati kami dalam keridhaanMu
Satukanlah jiwa kami dalam ketaatan kepadaMu
Berikanlah keikhlasan di hati kami
Berikanlah kesabaran di hati kami
Ajarkanlah kami untuk saling menghormati
Ajarkanlah kami untuk saling mengerti
Ajarkanlah kami untuk saling menyayangi
Ajarkanlah kami untuk saling memahami
Ajarkanlah kami untuk saling mengingatkan dalam kebaikan
Bimbinglah kami untuk selalu berada di jalanMu
Bimbinglah kami untuk senantiasa mengingatMu
Bimbinglah kami untuk selalu bersyukur kepadaMu
Bimbinglah kami untuk senantiasa mengejar hidayahMu
Jadikanlah cinta ini selalu dalam naungan cintaMu
Bawalah cinta ini dalam indahnya KeagunganMu
Karuniakanlah kami Surga CintaMu
Dalam ikatan suci keluarga sakinah

Bila Saat Aku Jatuh Cinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya Engkau
Allahu Rabbi
Aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh
Allahu Rabbi
Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan
kasih-Mu
dan membuatku semakin mengagumi-Mu
Allahu Rabbi
Bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu
Allahu Rabbi
Pintaku terakhir adalah seandainya kujatuh hati
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu...
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu
Amin !